Selasa, 21 Februari 2012

PROGRAM BIASISWA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KERJAYA PELAUT

PROGRAM BIASISWA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KERJAYA PELAUT

Nota kepada Pemilik Kapal, Syarikat Perkapalan, Nakhoda Kapal dan Pelaut

Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (KumpulanWang Pusat Perdagangan Laut) 1984 adalah
dirujuk.

        Dimaklumkan Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) akan membuka tawaran biasiwa kepada pelaut-pelaut yang berminat untuk meningkatkan kompetensi mereka bagi pelayaran persisiran pantai.

2. Program ini hanya dikhaskan bagi perakuan bahagian dek dan injin untuk had pelayaran persisiran pantai.

3. Jenis-jenis kursus yang terlibat dalam program adalah seperti didalam Lampiran 1.

4. Biasiswa KWPPL merangkumi pembayaran yuran kursus (termasuk kursus-kursus modular yang    diperlukan) dan juga penginapan serta elaun makan. Calon yang berjaya akan dikehendaki menandatangani perjanjian dengan KWPPL dan sebagai satu keperluan pemberian biasiswa, calon tersebut akan dikehendaki untuk berkhidmat di atas kapal bendera Malaysia selama tidak kurang dari 24 bulan setelah memperolehi perakuan kekompetenan.

5. Pelaut yang memenuhi kriteria-kriteria seperti yang ditetapkan dalam Lampiran 2 hendaklah membuat permohonan menggunakan borang seperti di Lampiran 3.

6. KWPPL akan membuat tapisan berdasarkan permohonan yang diterima dan calon-calon yang terpilih sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Menghadiri temuduga bukanlah bererti permohonan diluluskan.

7. Borang permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan di tolak. Permohonan yang lengkap beserta dengan dokumen sokongan hendaklah dihantar tidak lewat daripada 15hb Mac 2012 ke;

Jabatan Laut Malaysia,
Peti Surat 12, Jalan Limbungan,
42007 Pelabuhan Kelang,
Selangor Darul Ehsan.
(UP: Ketua Penolong Pengarah Unit
Pembangunan Pelaut)

Pengarah Laut / Director of Marine
Tarikh: 20 Januari 2012


* Untuk lampiran 1,2 dan 3 (Borang Permohonan) boleh didapati di pautan yang berikut :

http://www.marine.gov.my/service/notice/mgn/2012/NMPM012012_v1.pdf




http://www.marine.gov.my/service/notice/mgn/2012/NMPM012012_v1.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan